- Mengurangkan tekanan kehidupan
- Tekanan, kecergasan dan daya ketahanan
- Kardiovaskular
- Menguatkan sistem keimunan
- Merawati kanser
- Diabetes
- Menambah keharmonian suami-isteri
- Penuaan
Merujuk kepada kajian yang dijalankan di makmal mendapati kebanyakan professional dalam bidang penjagaan kesihatan mencadangkan ginkgo untuk masalah kesihatan berikut :
- Dementia (penyakit otak) dan Alzheimer
- Masalah Mata
- Intermittent Claudication
- Lemah daya ingatan
- Tinnitus
- Kegunaan Lain
Horny goat weed atau nama saintifiknya epimedium sagittatum adalah antara herba yang bertindak sebagai agen afrodisia yang boleh meningkatkan keinginan seks termasuk menambah penghasilan libido bagi lelaki dan wanita, memperbaiki tahap ereksi lelaki, mengembalikan keinginan seks, melegakan kelesuan dan membantu melegakan gejala akibat menopause bagi wanita seperti kemurungan, kurang minat terhadap seks dan kekeringan faraj.
Horny Goat Weed telah digunakan dalam perubatan tradisional cina melebihi 1000 tahun dahulu. Kini, horny bukan saja merupakan ubat tradisional cina yang penting bahkan juga semakin dikenali di serata pelusuk dunia. Horny merupakan tumbuhan berdaun yang tumbuh meliar dan banyak terdapat di kawasan beraltitud tinggi.
Horny Goat Weed yang nama genusnya adalah Epimedium, juga dikenali sebagai Barrenwort, Bishop's Hat, Fairy Wings dan juga Yin Yang Huo (Chinese: 淫羊藿), sehingga kini ditemui sekurang-kurangnya sekitar 60 atau lebih spesies yang dikategorikan sebagai herbaceous flowering plants dalam keluarga Berberidaceae. Majoriti ditemui di Selatan China, Eropah, Asia Tengah, Selatan dan Timur Asia.
Spesies Epimedium adalah jenis menjalar dan perennials. Majoriti berbunga dengan four-petaled "spider-like" pada musim bunga. Kebanyakan dipercayai sebagai aphrodisiacs.
APHRODISIAC
Kebanyakan spesies Epimedium adalah disahkan mempunyai kualiti aphrodisiac. Menurut lagenda, sifat tersebut ditemui oleh penternak kambing Cina, yang mendapati aktiviti seksual ternakannya meningkat selepas ia memakan herba tersebut. Ia dijual sebagai suplemen kesihatan sama ada dalam bentuk herba atau dalam bentuk pill dan kadang-kadang dicampurkan dengan suplemen lain.
Bahan aktif dalam Epimedium adalah icariin, yang boleh ditemui dalam ekstrak standard kekuatan dari 5% sehingga 60% potent. Sementara kekuatan di atas paras tersebut selalunya digunakan untuk kegunaan makmal sahaja. Icariin dilaporkan berperanan dengan pertambahan paras nitric oxide, yang mana akan menjadikan smooth muscle ‘relax’.
SAW PALMETTO
KEGUNAAN DAN KEBAIKAN
Adapun khasiat dan manfaat Saw Palmetto telah diketahui sejak berabad lamanya oleh penduduk asli Florida yang sangat bergantung dengan buahnya sebagai antara makanan utama. Ia juga termasuk sebagai sebahagian herba penawar masalah lelaki bagi masyarakat Indies.
Kini herba ini digunakan secara meluas terutamanya bagi merawat kes yang berkaitan dengan BPH (nonmalignant enlargement of the prostate gland). Ada beberapa factor telah dikenalpasti memainkan peranan penting dalam perkembangan BHP. Diantaranya ialah fungsi testes dan paras kritikal androgens sebagai satu keperluan dalam perkembangan BHP. Keduanya adalah berlakunya perubahan metabolisma prostatic androgen yang cenderung kepada terkumpulnya dihydrotestosterone (DHT), Ketiganya pertambahan nisbah plasma estrogens dengan androgens.
Kajian klinikal terakhir membuktikan bahawa ekstrak saw palmetto sangat bermanfaat dalam BPH. Adapun mekanisma tindakbalasnya dalam merawat BHP adalah dengan menghalang perubahan testosterone kepada DHT, agen yang bertanggungjawab dalam pembesaran prostate. Disamping itu ekstrak saw palmetto juga menghalang ‘binding’ DHT dengan ‘receptors’ yang menghalang tindakbalasnya. Ia juga menunjukkan kesan inhibitory bagi androgen dan ‘estrogen nuclear receptors’. Bagaimanapun ia berlaku tanpa mengganggu paras testosterone, follicle-stimulating hormone, dan luteinizing hormone. Terlebih penting Saw Palmetto tidak mendatangkan kesan paras PSA, oleh itu ia tidak menghalang untuk dilakukan ujian PSA untuk mengesan kanser.
Hari ini Saw Palmetto kekal sebagai herba utama bagi rawatan prostat, mengatasi herba-herba lain atau kombinasinya dengan herba-herba lain.
Fungsi lain yang popular dalam hal penggunaan Saw Palmetto adalah pembesaran payudara (natural breast enlargement) dan apa-apa juga yang berkaitan dengan rawatan payudara, dan juga yang berkaitan dengan viagra alami dan impotensi.
TRIBULUS TERRESTRIS
SEJARAH DAN KAJIAN SAINTIFIK
Masyarakat dari seluruh dunia telah menggunakan pohon Tribulus Terrestris untuk kesihatan secara menyeluruh, menguatkan kesihatan fungsi libido(keinginan nafsu syahwat) dalam kadar normal dan menguatkan otot.
Disebabkan oleh kelebihannya, para atlet telah menggunakan ekstrak Tribulus Terrestris dietary supplement untuk meningkatkan tenaga, membekalkan kesihatan fungsi hormon, meningkatkan pergerakan otot dan memberikan tenaga kepada atlet semasa sesi latihan.
Tribulus Terrestris mengandungi steroidal saponins, alkaloids, flavanoids dan kandungan protodioscinnya dipercayai mempengaruhi kesannya terhadap hormon, libido dan komposisi tubuh. Kajian klinikal Tribulus Terrestris menunjukkan herba ini mampu menguatkan kesihatan fungsi libido manusia dan mampu menambah kesihatan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam kadar yang normal.
KEGUNAAN DAN KEBAIKAN
- Sebagai diuretik yang tidak miang dan urinari antiseptik. Digunakan untuk disurea, sakit batu karang dan kencing tidak lawas.
- Digunakan dalam pelbagai formula herba untuk mengubati sakit kepala, masalah mata seperti gatal-gatal, konjunktivitis (radang pada membran mata), lemah penglihatan dan kegelisahan. Ianya digunakan untuk mengubati darah tinggi dan sakit tulang rusuk.
- Kesan hormon pengimbang dalam Tribulus Terrestris untuk wanita ialah herba ini sesuai untuk sindrom premenstrual dan sindrom menopausal.
- Mengandungi sterols seperti betasitosterol atau stigma. Bahan ini melindungi prostat daripada membengkak dan dalam kombinasi dengan X steroidal saponins, melindungi prostat daripada kanser.
- Digunakan dalam kes mati pucuk dan spermaturia kerana ianya membantu untuk meningkatkan luteinising hormone(LH) memperbaiki pensistensisan hormon testikular seks lelaki. Jadi, ianya merupakan pembangkit syahwat secara semulajadi.
- Kegunaan tradisional Tribulus Trerrestris telah ditemui efektif dalam gout.
Luteinising hormone ; dihasilkan oleh kelenjar pituitari dan berperanan mengawal penghasilan testosteron dan kadar serum secara semulajadi